Friday 25 October 2013

BAJET 2014 Di Hargai Rakyat....Terima Kasih PM...


Syukur alhamdulilah.....hari ini kita digembirakan dengan berita Bajet 2014

Sebagai Penjawat Awam, yana bersyukur sangat....rezeki yang allah berikan buat kita semua....

kita doakan agar negara kita sentiasa aman dan harmoni....

agar kita dapat mengecapi peningkatan ekonomi yang stabil dan baik.

Ok sini yana kongsi kan berita baik dari Perdana Menteri kita.....

Ini adalah sebahagian petikan ucapan budget beliau petang tadi untuk penjawat awam dan pesara kerajaan....

Menghargai Penjawat Awam

217. Pada bulan Ogos lalu, sebelum menjelangnya hari Lebaran Aidil Fitri, bayaran bantuan khas kewangan sebanyak 500 ringgit dan 250 ringgit, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

218. Hari ini pula, sukacita saya mengumumkan, untuk meringankan lagi beban golongan pesara, Kerajaan akan memberi bayaran khas kewangan sebanyak 250 ringgit. 

219. Kepada para penjawat awam janganlah bimbang, apa yang ditunggu sudah pun tiba. Saya dengan ini mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.

(dipetik dari ucapan PM "BAJET 2013)

 Disini juga Yana nak kongsikan tentang BR1M yang dibentangkan oleh PM pada BAJET 2014...

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 
210. Selanjutnya, dalam usaha untuk terus meringankan beban hidup rakyat, bersesuaian dengan pelaksanaan subsidi bersasar, sukacita saya mengumumkan bahawa program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada isi rumah dan individu bujang akan ditambah baik. 
211. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

212. Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit. 

213. Sebagai pelengkap, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sukacita saya mencadangkan caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai 50 ringgit diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M. Langkah ini diharapkan dapat memberi perlindungan maksimum sehingga 30 ribu ringgit kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. 

214. Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi tiga ribu ringgit, akan menikmati bantuan sebanyak 700 ringgit. 

215. Sebagai tambahan, buat pertama kalinya juga, BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah. 

216. Golongan ini juga akan menikmati caruman i-BR1M bernilai 50 ringgit yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak 500 ringgit. Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 di atas, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 4.6 bilion ringgit yang dijangka dapat memanfaatkan seramai 7.9 juta penerima.

(dipetik dari ucapan PM "BAJET 2014") 

Monday 14 October 2013

Selamat Hari Raya AidilAdha


Di Kesempatan ini yana ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua rakan-rakan blogger yang beragama Islam....Semoga kita menghayati pengorbanan  yang dibuat oleh 
Nabi Ibrahim a.s dan anak nya Nabi Ismail a.s.....

Ihsan Google Image

Friday 11 October 2013

Indahnya Sebuah Kata-Kata


Just For Sharing....

ihsan from google


ihsan from google

Ihsan from google

Thursday 10 October 2013

Kelayakan Dan Cara Memohon Rumah Prima


Hai...semua

Hari ini yana nak kongsikan tentang Bagaimana nak memohon Rumah Prima....heheh

Selalu je tgk dan dengar orang beli umah....heheh

Sekarang Yana nak share Kelayakan dan Cara Memohon Rumah Prima

Pic from Our PM FB Page
Jadi siapa yang ingin memohon boleh lah ke laman web www.pr1ma.my

Wednesday 9 October 2013

Hijab Buat Muslimah


HIJAB
Hijab ataupun tudung yang digunakan untuk menutup rambut para muslimah yang merupakan rambut merupakan salah satu aurat para muslimah ..... 



Image Mr. Google

Ihsan Google

Ihsan Google dari Islamo Graphic.com


Tuesday 8 October 2013

Tiga Hal Dalam Hidup Kita....



Buat renungan semu.....



Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :b
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan


Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam 


Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran


Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang 
2. Cinta  
3. Kebaikan


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan $
2. Kejayaan 
3. Mimpi


Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras


Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus 


Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki 
2. Umur 
3. Jodoh


TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian.


Ya اللّÙ‡ , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..
Amin...

Monday 7 October 2013

Wordless Monday


Semua apa khabar....heheh...

Hari isnin nie merupakan hari yang paling malas nak buat kerja kn...hehehhe.....

Tapi demi tugas dan juga....kita buat juga....emi mencari rezeki yang halal buat keluarga.....

ok untuk Wordless Monday....jom kita tgk nie....


hehehe....selamat berkerja ....

Sunday 6 October 2013

Wordless Sunday


Hari nie yana tak tahu lah nak buat apa....yana asyik tgk tv je....hehehe....sanbil tu baca buku novel....jap lagi yana kongsikan novel yg yana dah baca di blog bidadari ye hehehe....
 
kat cne  yana nak kongsikan Wordless Day yana hari ini....

MASA ITU EMAS...

Saturday 5 October 2013

'Minion-Mini Giveaway Contest by Dunia Zumal'

Hai semua rakan-rakan blogger....yana nak juga join GA nie....
suke tgk kartun minion nie....
Jadi yana nak juga dapatkn pendrive minion nie.....heheheh....sebagai koleksi pendrive...heheh...

' #Duo Giveaway By Amirah Azman and Safiena '

Yana nak join GA nie...


Assalammualaikum dan salam sejahtera


TEKAN BANNER SEKARANG !!

#Duo
Giveaway By Amirah Azman and Safiena ' Disponsor oleh 

Tarikh Penting 
  • Mula Giveaway : 15 September 2013
  • Tamat Giveaway : 15 Oktober 2013 (Hari Raya Haji)
  • Pengumuman Pemenang : 19/20 Oktober 2013

Tuesday 1 October 2013

"SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750"


Ada Special Birthday Giveaway Bernilai RM750......
wow banyak tu...heheh....jom apa kata kita join ramai2....


Kalau nak join klik banner kat atas ye....