Thursday 24 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015




" INDAH LANGIT KERANA AWAN,
INDAH LAUT KERANA KEBIRUAN,
INDAH AIDILFITRI KERANA KEMAAFAN,
INDAH AIDILADHA KERANA PENGORBANAN."

DIUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Thursday 3 September 2015

Luahan Rasa Hati....UPSR TERAKHIR

UPSR TERAKHIR UNTUK KBSR

Sambil dengar lagu dalam blog nie yana rasa ringan sikit beban stress yang semakin menjadi2 akhir2 nie....bukan apa yana rasa nak jerit nanti org cakap tak betul pulak....heheh jadi dengan cara yang betul menyanyi lah sambil dengar lagu heheh....benda yang menyebabkankan yana stress...bukan lah benda yg dari pandangan orang lain boleh dianggap penting....tapi bagi yana itu penting....
benda yang buat yana stress ialah sikap and perangai sesetengah pelajar yana yang tak ambik emdah pun pelajaran mereka...sedangkan bagi yana sebagai guru benda itu penting untuk masa depan mereka....

kalau dalam kelas tak sah kalau guru tak meninggikan suara dan membebel dengan perangai murid....adakah ini murid alaf baru yang sering diperkatakan akan memajukan negara....kalau sikap yang tak ambik indah dengan pendidikan sendiri bagaimana ingin berjaya....

imbas kembali zaman yana dulu....nak bising n dah buat cikgu marah pun mesti rasa takut dan hormat pada guru tu lebih tinggi.....kalau lalu depan cikgu or tepi cikgu mesti tak akan berani lalu dengan selamba macam pelajar sekarang....perkataan Selamat pagi cikgu or selamat petang cikgu or assalamualaikum ustazah or ustaz akan terdengar di telinga guru2....tapi sekarang tiada lagi tanda  hormat itu pada guru...adakah nie kesalahan kita sebagai guru ataupun kerana sikap pelajar itu sendiri...Yana pun tak tahu....

Minggu depan merupakan minggu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2015
Sekarang nie dah masuk 4 Tahun Yana mengajar murid-murid tahun 6....Tahun ini adalah tahun yang mencabar sungguh....ini kerana ia nya merupakan Tahun UPSR terakhir untuk KBSR. 
Tahun depan dah mula dengan Batch Pertama KSSR...

Yana berharap Semoga UPSR Tahun INI para pelajar boleh memperolehi keputusan yang cemerlang bukan sahaja dari segi Akademik tapi dari segi keseluruhan sikap dan disiplin....
Semoga Tahun ini Semua Pelajar yana dapat Keputusan yang cemerlang itu doa yana.....yana izinkan segala ilmu yan yana curahkan dari awal tahun hinggalah sekarang....Semoga mereka semua dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan berhati2.

Buat semua pelajar seluruh MALAYSIA...

Semoga Anda Semua Berjaya Mengharungi 

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2015