Saturday 29 October 2011

Kisah Realiti Alam Perkahwinan

Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca ♥

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa

sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.

Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Semoga kisah ini dapat sedikit sebanyak memberi panduan dan menjawab soalan yang dikemukakan.

Wallahualam.....

P/s Yana suka membaca kisah-kisah seperti ini...kerana banyak ilmu yang kita boleh perolehi. Cerita ini Yana ambik dari FB Realiti Alam Perkahwinan....Cerita ini tiada kaitan dgn yang hidup atau pun yang telah meninggal.....hanya untuk perkongsian....

Wednesday 26 October 2011

Aisha Online Store Giveaway

Assalamualaikum...

Kali ini yana nak join GA nie dari Aisha Online Store


Mari-mari!!!!!! adik, kakak, abang, pakcik dan makcik...mari kita sama2 memeriahkan suasana GIVEAWAY ini.. Kalau ingin tahu syarat2 penyertaannya.... boleh lah menghalakan tetikus anda semua ke arah banner yang cantik diatas dengan satu klik sahaja anda akan dibawa ke blog penganjur...jadi apa tunggu lagi adik, kakak, abang, pakcik dan makcik...nanti terlambat ketinggalan pula untuk menyertai GIVEAWAY ini....hehhehe...Tarikh nya tertera dibanner diatas.....cepat2!!!!! sementara stok masih ada...

Tuesday 25 October 2011

PERHATIAN BUAT KAUM WANITA.....

Assalamualaikum....
Td yana ternampak info ini di FB jadi yana sharekn kat sine...

Bahan ini diambil dari JOM BERDAKWAH DI FB





PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA
(PERKOSAAN VISUAL)

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

Dan Sila Klik "Share" Dan Share Di Blog Anda.. Sebarkan!

New style in Teaching Children

Assalamualaikum 

This is amazing thing for parent....New style for teaching children in our new millennium ...

Heheheh...it look amazing...


Sunday 23 October 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

Assalamualaikum dan selamat malam semua..... 

 Ha..hah... sebelum yana nak g beradu yana nak join kempen nie dulu....tadi sempat buat blogwalking jap...walau pun tak banyak...sempat lg terpandang Kempen nie...Kempen nie dianjurkan oleh saudara Faris....Jadi kalu kawan-kawan nak tahu syarat untuk Kempen ini...klik je banner kat bawah....disitu akan tertera syarat2 yang perlu....




Ok kempen nie senang je....klu kawan2 nak ikut jom lah ramai2 boleh menambahkan kawan2 blog...selain itu lah gak bertukar2 pendapat....tak salah kan...makin banyak ilmu yang kita dapat...hehehhe....jom apa tunggu lagi rebuat lah peluang keemasan ini...Tak rugi kawan2 ikuti Kempen ini....hehehehe

ok lah sapai disini dulu ye....wassalam...

”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”

Come.... Join 25 Things Random Giveaway By Penmerah.com 

 You all will love it....just try my luck here....
So come join it too....together we try our luck here...
click that banner you will know what you have to do....ok all the best...


Tag:

[ 2nd GiveAway by CP | My Birthday Wishes ]

Selamat Petang semua.... 

 Ok kali ini Yana nak sertai GA Cik Purple.... 
 GA nie sempena Hari Lahir Cik Purple.....Jom sertainya bersama-sama Syarat2 nye senang je....klu nak tahu klik banner kat bawah tu....

   


 Yana nak tag kawan blog yana 

P/s Cik Fiezah and Adik Inas jom kita sama-sama Sertai GA ini....

CINTA SIBER OH

Assalamualaikum semua.... 

 Dihujung minggu nie mari kita join Segmen dari Abg Ben...Tajuk segmen kali ini Cinta Siber Oh!....

 


Ok pendapat yana tentang cinta siber....cinta siber nie satu cinta yang mencabar dari semua aspek....dari aspek keikhlasan, kesetiaan, kejujuran, kepercayaan, keutuhan satu2 hubungan dan yang paling penting iannya mencabar rasa dan perasaan setiap pasangan....Kadang kala hubungan yang sebegini adakalanya baik dan ada kalanya kurang....sbb kita tak kenal antara satu sama lain...cuma berhubung melalui siber...kita tak tahu sifat dan sikap sebenar pasangan kita...jadi sekiranya kita betul-betul serius...lebih baik kita berkawan dahulu kemudian bila rasa betul2 nak teruskan hubungan jumpa satu sama lain....kenal hati budi masing-masing bila rasa serasi jumpa family biar family yang tetapkan apa yang perlu.....itu lg bagus...hehhehe......ok nie just pendapat dan pandangan yana ye tak ada kena-mengena dgn siapa2....hehhehe 

Ok kelebihan Cinta Siber....Mudah untuk kita berkenalan, boleh selalu berhubung dalam FB, Friendster, Tagged ataupun YM. 

Ok kekurangan nya...kita tak tahu macam mane rupa pasangan kita tu, kita juga mungkin akan rasa kurang percaya dengan keikhlasan dan kejujuran pasangan kita tu....

Saturday 22 October 2011

Blog Review....Kembali

Ok dari segmen abg Nasz iaitu "SEGMEN NASZ : LU REVIEW GUA, GUA REVIEW LU. OK?"

Abg Nasz dah bagikan yana dalam kumpulan 13....hehehhe....so sekarang yana kena review kawan-kawan blog yang terdapat dalam kumpulan yana....Sebelum yana review yana minta Maaf ye klu apa yang yana review nie salah ke atau leh menyinggung perasaan.....yana hanya sekadar mereview je...heheheh

ok yana review untuk ahli kumpulan yana yang pertama....iaitu theonlyza.blogspot.com.....blog ini kepunyaan cik Fiezah....



Tada....ini blog cik Fiezah...Ianya simple berwarna hitam sungguh menawan....biasalah kan org cjkap hitam itu menawan...apa2 je org buat ianya tetap menonjol...hehehhe....header blog juga cantik....yana suke heheheh....blog ini kat header die ada menyatakan seseorang yang suka menulis tentang kisah hidup....hehhe....memang pun byk penulisan yang dibuat oleh cik fiezah....cuma yang kurang kat blog nie kite tak dapat nak tahu tentang diri penulis sbb die tak letak widget About me kat blog die....jadi susah sikit kawan-kawan blogger nak kenal dengan die heheheh.....selain itu tak de widget untuk join the site kat blog nie....yana nak join pun sukar kena add dari yana punye blog...klu cik Fiezah letak senang kit nak join dari blog die je...mungkin bagi yang baru-baru berjinak dengan blog akan rasa sukar untuk add blog cik fiezah sbb tak ada widget Join the site.....ok tu je review dari yana untuk Cik Fiezah....apa2 pun yana suka tgk simple n mudah heheh....isi blog nie lebih kepada apa yang  Cik Fiezah ingin luahkan kepada pembaca...heheh

P/s buat Cik Fiezah thank review blog yana....yana dah baca...yana akan cube ubah ape yang patut..hehhe thanks.


Ok sekarang tiba giliran ahli kumpulan yang kedua....Ciki Amyryza Punya Blog....Blog ini kepunyaan adik Inas Syuhaidah.....



HaH.....nie blog adik Inas....blog die pun simple gak.....senang je loading blog adik nie dan ianya mudah untuk kawan-kawan lain nak join selain itu layout die gak tersusun dangan kemas....adik nie jugak ada memperkenalkan tentang diri die....so mudah lah kawan-kawan blog lain tahu siapa pemilik blog nie....Adik nie masih bersekolah lagi.....mungkin apa yang adik ini tulis dalam blog die banyak tentang aktiviti die sebagai seorang pelajar....Tapi itu tidak menjadi masalah...yang penting kita menambah rakan dengan bertukar2 pendapat....yana suka boleh....boleh....boleh.....Apa yang kurang pada blog adik nie die punya header tu warna nya perlu diterangkan sedikit pada warna hijau n kuning tu....sbb pekataan kurang jelas...yang lain yana suka...hehhehehok itu saja riview dari yana untuk ahli kumpulan yana....


P/s buat Adik Inas....thanks sbb review blog akak....apa2 yang kurang akan cuba perbaiki heheheh....Thanks....


Ok buat kawan-kawan lain yang ingin mengenali diri mereka boleh lah join n tgk blog mereka.....bloh klik kat nama blog mereka diatas....


ok itu saja dari yana wassalam......

Friday 21 October 2011

Semakan Keputusan Panggilan MTeST KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012


Semakan Keputusan Panggilan MTeST KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012


Adalah dimaklumkan Semakan Keputusan Panggilan MTeST KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012 boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:

 





KPLI-SR, MTeST, KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012

PENEMPATAN LEPASAN KPLI AMBILAN JUN 2010 SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)

Assalam....


Bagi kawan-kawan yang merupakan pelajar maktab perguruan ambilan Jun 2010....anda semua bolah membuat semakan tentang tempat posting....semoga anda semua berjaya dan selamat bertugas sebagai warga pendidik....

PENEMPATAN LEPASAN KPLI AMBILAN JUN 2010 SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)


Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN LEPASAN KPLI AMBILAN JUN 2010 SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) yang telah lulus temu duga boleh disemak di sini bermula 18Oktober 2011. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagiansebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.
Harap Maklum

Permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma



Assalamualaikum....


Iklan bagi Guru-guru yang berminat untuk melanjutkan pegajian....


Permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 telah dibuka bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di bawah lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP). Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon 
di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270. 

Blogger! Jom Kenal

Assalamualaikum...

Kali ini yana join Segmen dari genkcorner....ini hasil blogwalking yana kat blog Cik Purple.....hheheheh

Syarat-syarat yang perlu....adalah seperti berikut:

- Follow blog genk [tiada paksaan]
- Buat tajuk entri : Blogger! Jom Kenal
- Letak banner yg kat bwh tu dalam entri dan linkkan ke entri ke blog genk
- Nyatakan Asal korang dan serba sedikit tentang diri/blog korang


ok sekarang yana cita tentang diri yana seperti syarat yang ke-empat

ok yana asal dari sarawak...mula dan berminat dalam dunia bloging nie masa kat U lagi....masa tu seorang kawan yang ajak buat blog...jadi yana pun berjinak-jinak dengan dunia blog....mula-mula buat blog untuk kegunaan peribadi yana je....lps tu sampai lah kat blog yana yg nie....nie blog yana yang ke-empat heheheh....Dalam blog nie banyak kawan-kawan blog yang yana kenal....Yana sekarang seorang guru...mengajar pun kat tempat kelahiran ..bersyukur sbb cita-cita yana menjadi guru termakbul...masa yana berblog waktu ptg, malam serta waktu cuti....heheheh....ok itu saja tentang yana....


Jom kita kenal...hehhe


join lah boleh kita kenal mengenal antara satu sama lain dan menambah ilmu....


wassalam....

"SEGMEN NASZ : LU REVIEW GUA, GUA REVIEW LU. OK?"

Assalamualaikum....

Dah lama yana tak berblog walking sbb sibuk dgn kerja kat sekolah....bila blogwalking byk yang yana dah ketinggalan....tapi yana tak nak ketinggalan segmen dari abg Nasz nie....heheheh



Ok....apa yang yana ingin sampaikan kat sini ialah...semoga yana boleh menambah lagi ramai kenalan melalui blog yana nie walaupun dengan hanya membaca dan blogwalking kerana yana pasti dengan cara ini yana boleh menambahkan lagi lebih banyak ilmu pegetahuan dn bertukar-tukar pendapat....

ok bagi siapa-siapa yang nak join jom....klik je banner kat atas cepat tau jangan terlambat....

ok ....

wassalam....