Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Saturday, 7 March 2015

Sehari Aktiviti bersama Pelajar


Pagi tadi yana hantar pelajar yana pergi 
Pertandingan Poetry Recitation Peringkat Bahagian
heheh....

sampai2 sana jd perserta pertama untuk recite poem....
alhamdulilah pelajar yana tenang je naik atas pentas....

Walaupun tak menang....
syukur alhamdulilah dapat tempat ke-6 dari 12 buah sekolah...
dan menerima hadiah saguhati....
pelajar yana happy n gembira dengan pengalam yang mereka lalui....

wajah ceria selepas selesai pertandingan

Friday, 11 October 2013

Indahnya Sebuah Kata-Kata


Just For Sharing....

ihsan from google


ihsan from google

Ihsan from google

Thursday, 10 October 2013

Kelayakan Dan Cara Memohon Rumah Prima


Hai...semua

Hari ini yana nak kongsikan tentang Bagaimana nak memohon Rumah Prima....heheh

Selalu je tgk dan dengar orang beli umah....heheh

Sekarang Yana nak share Kelayakan dan Cara Memohon Rumah Prima

Pic from Our PM FB Page
Jadi siapa yang ingin memohon boleh lah ke laman web www.pr1ma.my

Wednesday, 9 October 2013

Hijab Buat Muslimah


HIJAB
Hijab ataupun tudung yang digunakan untuk menutup rambut para muslimah yang merupakan rambut merupakan salah satu aurat para muslimah ..... 



Image Mr. Google

Ihsan Google

Ihsan Google dari Islamo Graphic.com


Tuesday, 8 October 2013

Tiga Hal Dalam Hidup Kita....



Buat renungan semu.....



Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :b
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan


Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam 


Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran


Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang 
2. Cinta  
3. Kebaikan


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan $
2. Kejayaan 
3. Mimpi


Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras


Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus 


Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki 
2. Umur 
3. Jodoh


TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian.


Ya اللّÙ‡ , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..
Amin...

Tuesday, 24 September 2013

Which Park Will You Go......


Buat Renungan Semua...


Apa pandangan anda semua....semua orang cakap tugas guru senang cuma mengajar murid-murid. lps mengajar boleh rehat waktu cuti sekolah...sememangnya cuma guru-guru sahaja mengetahui bagaimana rasa tugas seorang guru....

Friday, 13 September 2013

UPSR 2013 Tamat sudah.....


Wah mesti para guru-guru semua sekarang.....menanti dengan penuh debaran.....hehehhe.....al maklumlah kan yang semua pelajar UPSR telah mengharungi badai UPSR dari 10 hingga 12 September 2013......

Tahniah buat pelajar yang berjaya (awl nye ucap tahniah...hehhe apa lah aku nie).....rasa-rasa nya ada para pelajar yang berkeyakinan yang mereka akan lulus dengan cemerlang. ( tak ape yakin itu penting.....setelah berusaha kita kena yakin dan bertawakal kepada Allah S.W.T.....betulkn.....)

Tapi jangan lupa bagi yang muslim....sentiasa berdoa memohon pada Allah....

ihsan Google
Oh ya lps UPSR....banyak aktiviti yang akan dijalankan untuk para pelajar tahun 6.....kat sekolah ptg td....pihak sekolah menganjurkan jamuan dan BBQ untuk semua para pelajar termasuk tahun 6....
wah happy semua murid....dapat makan waktu ptg sambil melakukan aktiviti Kelab, Persatuan dan Unit Beruniform.....

Dalam setiap kelas yang yana masuk....semua tanya.....cikgu petang nie ada BBQ kn.....best tak cikgu....apa makanan kita ptg nie cikgu.....kat mana kita BBQ cikgu...heheh mcm jenis soalan yang diajukan....heheh....

Nak tahu ape yang yana jawap.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Kita tunggu dan lihat petang nie.....kat mane....makan ape....best ke tak...heheheh
image google
Ok lah itu saja untuk malam nie....heheh...kita jumpe lg ye nanti....



Tuesday, 10 September 2013

UPSR 2013

Sekarang ramai ibu bapa yang risau tentang anak2 mereka kan....al- maklum lah....UPSR datang lg....heheheh...
Jadi yana nak ucapkan selamat maju jaya...buat semua calon UPSR tahun 2013
Tiap-tiap tahun ibu bapa yang ada anak yang menduduki peperiksaan UPSR akan rasa berdebar2....huhuhu...kdg2 tu sedih gak tgk kalau anak yang datang ke sekolah hanya tahu bermain dan berseronok je...bukan nye belajar.....kdg rasa kesian dengan ibu bapa yang menghantar anak2 ke sekolah....tapi anak2 hanya tahu bermain sahaja....di dalam kelas tanpa menumpukan sepenuh perhatian....
Ini bukan salah ibu mengandung....huhuhu...(jangan marah ye ibu2 semua...saya faham sangat perasaan anda semua bagaimana)
Di sekolah....terlalu banyak budak2 yang bermacam ragam dan perangai....ada yang baik, ada yang pendiam, ada yg tak berhenti2 bercakap, ada yang tak berhenti bertanya soalan dan ada yang terlalu nakal sampai guru tak terkawal....
Sebagai guru apa rasa anda sekiranya anak didik anda mempunyai bermacam ragam....bagaimana anda boleh bersabar....bagaimana anda hendak mengawal keadaan.....
Hanya GURU2 je yang tahu bagaimanakan?????Hanya guru je yang tahu jawapan bagaimana hendak mendidik murid-murid yang hampir 40 orang dalam satu kelas....huhuhu....kalau ibu bapa tak terkawal anak yang seorang ....bagaimana pula ya guru boleh mengawal 40 orang pelajar satu kelas dalam satu masa....cuba anda semua bayangkan....
Ihsan dari Google

Bagi sesiapa yang dapat bayangkan ....tentu akan faham tugsa guru sebagai pendidik itu bagaimana....jangan hanya kita menyalahkan guru semata2....kita sebagai ibu bapa juga perlu peka kepada sikap dan perilaku anak-anak kita....tanpa guru...mungkin kita dan anak-anak kita tak mungkin berjaya sehingga sekarang....

Bagi yana...segarang mana guru itu di dalam kelas....tak pernah sekali pun guru akan membiarkan anak murid nya....guru akan terus mendidik dan mendidik sehingga anak murid nya berjaya....

Jadi....wahai murid-murid ku sekalian....diharap jangan lah mudah berputus asa....kalau gagal sekali bangun lah....ingat peasn guru...ilmu itu bukan sahaja untuk ditulis diatas kertas....bukan untuk dipamirkan dalam bingkai berkaca....tetapi ilmu itu untuk kita gunakan pada masa hadapan yang berkemungkinan untuk kita berikan pada generasi masa hadapan....

Jadi lastly....GOOD LUCK FOR MY UPSR STUDENTS.....

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN SEMUA....AMIN...

Saturday, 6 April 2013

Hati Buta Sebab 10 Pekara.

RENUNG-RENUNGKAN LAH.....

Sila Semak Tarikh Luput Tong Gas Anda....

Dah Lama yana tak berblog.....hehehhe
sebenarnye sibuk sikit....banyak kerja yang yana nak buat....jadi tak ada masa nak online n blog walking....heheheh
Yana nak share satu benda....jom tgk gambar nie....gambar nie yana dapat kat fb heheheh.....
Bahaya jugak ye kalau tong gas  kite tak sedar bila tarikh luput....jangan kata makanan je ada tarikh luput....gas yang kita guna untuk memasak pun ada tarikh luput....

What is Special About ERASER in Our Life....


Hari ini yana nak share tentang ini.....



Wednesday, 23 January 2013

Cepatnye Masa berlari....


Pejam...celik...pejam...celik....
Tengok2 dah dekat penhujung bulan Januari....tak lama lagi dah nak masuk bulan Februari....
Masa nie budak2 kat sekolah yana akan menghadapi PRA UPSR1....
Yana tengah tengok yang mana pelajar yana yang yana boleh....
 Bagi target untuk Lulus Bahasa Inggeris tahun nie....
Kena bagi target....supaya menjadi galakan dan target untuk mereka....
Berusaha bersungguh.....
Sama lah mcm yana dulu....heheheh...
bila time Exam....sebelum exam kena set target lulus yang ingin dicapai....
Supaya lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan....
heheheh....biasalah kan...kalau tak ada target....maka tiada hala tuju untuk mencapai...
kejayaan...

Jadi Sebelum Tahun baru Cina yana akan Set target untuk pelajar yana....
Supaya Senang nak tahu siapa yang perlukan lebih banyak 
tunjuk ajar dari segi pemebelajaran dalam kelas....







UPSR, PRA UPSR, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)



Tuesday, 1 January 2013

Selamat tinggal 2012....Selamat datang 2013



Semua orang memperkatakan apa azam tahun baru 2013....
Bagi yana azam yana thn lepas hampir separuh terlaksana....azam yana tahun nie menambah baik lagi azam yana tahun lps....semoga yana dapat menjalankan tugas yana sebagai pendidik dgn lebih baik dan perihatin dgn keperluan anak-anak murid yana dalam mencapai matlamat hidup mereka....

Selain dgn mengharapkan keberkatan daripada Allah S.W.T dalam menjalankan tugas sebagai pendidik...Amin

Marilah kita semua membuka buku baru dan tutup buku lama....harungilah tahun baru ini dengan penuh keazaman.....agar kita dapat menghadapi liku-liku kehidupan ini dengan tenang dan menghadapi kemanisan hidup dengan senyuman dan syukur pada yang Maha Esa.....Amin

Monday, 8 October 2012

Percubaan satu dua tiga...


Yang ini percubaan yana....nasib baik dapat buat...letak perkataan assalamualaikum kat atas post hehhe....Dah lama dah cari...bila bukan laman blog Wan Hazel baru jumpe....Terima Kasih wan...heheh

Saturday, 29 September 2012

Budget 2013....

Assalamualaikum......semua

Lihat lah di bawah ada info tentang budget 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita....



Budget 2013....Sama-sama lah kita bersyukur dengan kemakmuran yang di kecapi....Kita boleh lihat dari Hasil Budget 2013.....

Tuesday, 25 September 2012

BORNEO INTERNATIONAL KITE FESTIVAL 2012

BORNEO INTERNATIONAL KITE FESTIVAL 2012
26 HINGGA 30 SEPTEMBER 2012
BINTULU, SARAWAK, MALAYSIA.


Bagi kawan-kawan yang berminat kepada permaian layang-layang nie ....boleh lah ramai-ramai memeriahkan suasana di Borneo International Kite Festival....Datang lah beramai-ramai .....seronok tau tengok layang-layang yang bermacam-macam jenis dan rupa...heheheh
Bagi kawan-kawan blogger yang berdekatan terutamanya dari Sibu, Mukah, Miri, Brunei dan Limbang boleh lah datang beramai-ramai ke AIRPORT Lama Bintulu....untuk menyaksikan layang-layang di udara...

Friday, 7 September 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita

10 Petanda Dia Jodoh Kita..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan mem
ang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Artikel dipetik dari Jom berdakwah di FB

Tuesday, 3 July 2012

Ingat 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara....

Sama2 lah kita beringat...
Semoga kita mendapat rahmat dari Allah S.W.T.....

Amin....



Friday, 22 June 2012

INGAT-INGAT LAH WAHAI SEMUA....

Buat Renungan!!!!


Bila kita rasa susah, sentiasalah ingat ada lagi yang lebih susah dari kita.
Bila kita rasa sakit, sentiasalah ingat ada lagi yang lebih sakit dari kita.
Bila kita rasa kenyang sangat makan itu makan ini, sentiasalah ingat yang di luar sana tu masih ada saudara kita yang sedang berperang dengan kelaparan.

Kita makan selalu tak habis, orang lain ada yang sampai kurus kering tak makan apa-apa sebab tak mampu nak beli makanan...


Tuesday, 15 May 2012

e-Belia Blog Contest

STICKY POST FOR BELIA-BELIA NEGARA
(POST INI AKAN MELEKAT DISINI SAMPAI HARI BELIA NEGARA TAHUN 2012)

Assalamualaikum semua....



Dah hampir kol 5 ptg dah heheh...yana masih lagi blog walking kat blog kawan-kawan heheh...
sambil-sambil blog walking yana terpandang satu entri mengenai e-Belia Blog Contest. Contest ini dianjurkan oleh vyrec.com dan penganjur lain seprti yang tertera pada banner dibawah....Jadi klu rakan-rakan blog, rakan-rakan belia yang terbaca entri ini teringin nak join.... Klik jer banner contest kat bawah nie tau...atau pun kat sidebar tu .


Tarikh Tamat Contest 18 November 2011

Tujuan Contest

Contest ini adalah bertujuan untuk mempromosikan sistem Pendaftaran Profil e-belia yang digunakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia IPPBM. IPPBM merupakan sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.