Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Thursday, 3 September 2015

Luahan Rasa Hati....UPSR TERAKHIR

UPSR TERAKHIR UNTUK KBSR

Sambil dengar lagu dalam blog nie yana rasa ringan sikit beban stress yang semakin menjadi2 akhir2 nie....bukan apa yana rasa nak jerit nanti org cakap tak betul pulak....heheh jadi dengan cara yang betul menyanyi lah sambil dengar lagu heheh....benda yang menyebabkankan yana stress...bukan lah benda yg dari pandangan orang lain boleh dianggap penting....tapi bagi yana itu penting....
benda yang buat yana stress ialah sikap and perangai sesetengah pelajar yana yang tak ambik emdah pun pelajaran mereka...sedangkan bagi yana sebagai guru benda itu penting untuk masa depan mereka....

kalau dalam kelas tak sah kalau guru tak meninggikan suara dan membebel dengan perangai murid....adakah ini murid alaf baru yang sering diperkatakan akan memajukan negara....kalau sikap yang tak ambik indah dengan pendidikan sendiri bagaimana ingin berjaya....

imbas kembali zaman yana dulu....nak bising n dah buat cikgu marah pun mesti rasa takut dan hormat pada guru tu lebih tinggi.....kalau lalu depan cikgu or tepi cikgu mesti tak akan berani lalu dengan selamba macam pelajar sekarang....perkataan Selamat pagi cikgu or selamat petang cikgu or assalamualaikum ustazah or ustaz akan terdengar di telinga guru2....tapi sekarang tiada lagi tanda  hormat itu pada guru...adakah nie kesalahan kita sebagai guru ataupun kerana sikap pelajar itu sendiri...Yana pun tak tahu....

Minggu depan merupakan minggu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2015
Sekarang nie dah masuk 4 Tahun Yana mengajar murid-murid tahun 6....Tahun ini adalah tahun yang mencabar sungguh....ini kerana ia nya merupakan Tahun UPSR terakhir untuk KBSR. 
Tahun depan dah mula dengan Batch Pertama KSSR...

Yana berharap Semoga UPSR Tahun INI para pelajar boleh memperolehi keputusan yang cemerlang bukan sahaja dari segi Akademik tapi dari segi keseluruhan sikap dan disiplin....
Semoga Tahun ini Semua Pelajar yana dapat Keputusan yang cemerlang itu doa yana.....yana izinkan segala ilmu yan yana curahkan dari awal tahun hinggalah sekarang....Semoga mereka semua dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan berhati2.

Buat semua pelajar seluruh MALAYSIA...

Semoga Anda Semua Berjaya Mengharungi 

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2015

Sunday, 7 September 2014

UPSR 2014

9 September hingga 11 September 2014

Bermula lah perjuangan Murid-murid tahun 6 Seluruh negara......

Mereka akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR 2014)

Ini adalah tahun kedua terakhir UPSR untuk KBSR.....dan Tahun 2015 merupakan Tahun Terakhir UPSR untuk syllabus KBSR.....Pada tahun Seterusnya akan menggunakan syllabus KSSR....



For My student....hope all of you do well....

cikgu halalkan ilmu yang cikgu beri selama ini....dan cikgu maafkn kesilapan murid-murid cikgu....semoga semua dapat menjawab dengan tenang dan mudah....amin....



wassalam......

Thursday, 14 November 2013

Keputusan UPSR 2013




Hai semua....hope semua ok....ye....

ok seperti yang kita tahu....hari nie keputusan UPSR  telah di umumkan.....


terdapat peningkatan dalam keputusan UPSR tahun nie.....


Tahniah Buat semua Calon UPSR 2013.....

Yana pun happy sangat sbb target yana tahun nie utk budak2 yana tercapai walau pun tak banyak tp alhamdulilah.....hope selepas nie mereka akan berusaha lbh lg.....

Kerana UPSR merupakan pemulaan untuk sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar.....

walaupun keputusan kita tidak seperti yang diharapkan....

jangan lah berputus asa.....kerana ini baru permulaan.....perjalanan msh panjang lagi....janji kita teruskan usaha dan jangan putus asa.....


itu lah kata2 yang yana beri kepada murid2 yana pagi tadi.....pagi tadi merupakan hari terakahir yana masuk ke kelas tahun 6....sbb esok yana tak ada kelas bersama dengan mereka....

sedih jugak....tapi apa kan daya itu lah lumrah alam....yang pergi akan diganti dengan yg baru....

ok lah sampai di sini......saja...


yana nak kemas2 barang jap untuk esok.....

ok selamat malam....


Friday, 13 September 2013

UPSR 2013 Tamat sudah.....


Wah mesti para guru-guru semua sekarang.....menanti dengan penuh debaran.....hehehhe.....al maklumlah kan yang semua pelajar UPSR telah mengharungi badai UPSR dari 10 hingga 12 September 2013......

Tahniah buat pelajar yang berjaya (awl nye ucap tahniah...hehhe apa lah aku nie).....rasa-rasa nya ada para pelajar yang berkeyakinan yang mereka akan lulus dengan cemerlang. ( tak ape yakin itu penting.....setelah berusaha kita kena yakin dan bertawakal kepada Allah S.W.T.....betulkn.....)

Tapi jangan lupa bagi yang muslim....sentiasa berdoa memohon pada Allah....

ihsan Google
Oh ya lps UPSR....banyak aktiviti yang akan dijalankan untuk para pelajar tahun 6.....kat sekolah ptg td....pihak sekolah menganjurkan jamuan dan BBQ untuk semua para pelajar termasuk tahun 6....
wah happy semua murid....dapat makan waktu ptg sambil melakukan aktiviti Kelab, Persatuan dan Unit Beruniform.....

Dalam setiap kelas yang yana masuk....semua tanya.....cikgu petang nie ada BBQ kn.....best tak cikgu....apa makanan kita ptg nie cikgu.....kat mana kita BBQ cikgu...heheh mcm jenis soalan yang diajukan....heheh....

Nak tahu ape yang yana jawap.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Kita tunggu dan lihat petang nie.....kat mane....makan ape....best ke tak...heheheh
image google
Ok lah itu saja untuk malam nie....heheh...kita jumpe lg ye nanti....



Tuesday, 10 September 2013

UPSR 2013

Sekarang ramai ibu bapa yang risau tentang anak2 mereka kan....al- maklum lah....UPSR datang lg....heheheh...
Jadi yana nak ucapkan selamat maju jaya...buat semua calon UPSR tahun 2013
Tiap-tiap tahun ibu bapa yang ada anak yang menduduki peperiksaan UPSR akan rasa berdebar2....huhuhu...kdg2 tu sedih gak tgk kalau anak yang datang ke sekolah hanya tahu bermain dan berseronok je...bukan nye belajar.....kdg rasa kesian dengan ibu bapa yang menghantar anak2 ke sekolah....tapi anak2 hanya tahu bermain sahaja....di dalam kelas tanpa menumpukan sepenuh perhatian....
Ini bukan salah ibu mengandung....huhuhu...(jangan marah ye ibu2 semua...saya faham sangat perasaan anda semua bagaimana)
Di sekolah....terlalu banyak budak2 yang bermacam ragam dan perangai....ada yang baik, ada yang pendiam, ada yg tak berhenti2 bercakap, ada yang tak berhenti bertanya soalan dan ada yang terlalu nakal sampai guru tak terkawal....
Sebagai guru apa rasa anda sekiranya anak didik anda mempunyai bermacam ragam....bagaimana anda boleh bersabar....bagaimana anda hendak mengawal keadaan.....
Hanya GURU2 je yang tahu bagaimanakan?????Hanya guru je yang tahu jawapan bagaimana hendak mendidik murid-murid yang hampir 40 orang dalam satu kelas....huhuhu....kalau ibu bapa tak terkawal anak yang seorang ....bagaimana pula ya guru boleh mengawal 40 orang pelajar satu kelas dalam satu masa....cuba anda semua bayangkan....
Ihsan dari Google

Bagi sesiapa yang dapat bayangkan ....tentu akan faham tugsa guru sebagai pendidik itu bagaimana....jangan hanya kita menyalahkan guru semata2....kita sebagai ibu bapa juga perlu peka kepada sikap dan perilaku anak-anak kita....tanpa guru...mungkin kita dan anak-anak kita tak mungkin berjaya sehingga sekarang....

Bagi yana...segarang mana guru itu di dalam kelas....tak pernah sekali pun guru akan membiarkan anak murid nya....guru akan terus mendidik dan mendidik sehingga anak murid nya berjaya....

Jadi....wahai murid-murid ku sekalian....diharap jangan lah mudah berputus asa....kalau gagal sekali bangun lah....ingat peasn guru...ilmu itu bukan sahaja untuk ditulis diatas kertas....bukan untuk dipamirkan dalam bingkai berkaca....tetapi ilmu itu untuk kita gunakan pada masa hadapan yang berkemungkinan untuk kita berikan pada generasi masa hadapan....

Jadi lastly....GOOD LUCK FOR MY UPSR STUDENTS.....

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN SEMUA....AMIN...