Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

Pesanan Buat Kaum Hawa.....

Hanya Secebis Pesanan Buat kaum Hawa....untuk renungan bersama....
Pesanan buat kaum HAWA :

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang 

SEMBAHYANG,

Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG..!


♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk 

MENGAJI,

Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP

 HARI..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang 


MENUTUP AURAT,

Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI

 ORANG TUA,

Kerana disitu terletaknya pintu SYURGA..

Wednesday, 9 January 2013

JODOH yang diminati...


Setiap insan ingin kan seseorang yang menyayangi dirinya menjadi yang paling dekat dihati nya....yang menjadi insan yang memahami...yang menjadi insan yang mengerti setiap apa yang tersirat dihati....
Bila diperlukan dia ada....
Bila diperlukan dia disisi....
Bila diperlukan dia mendengar....
Bila diperlukan dia setia menanti....
Bila diperlukan dia tak pernah menjauh....yang pasti dia lah jodoh yag ditentukan ilahi.....


Tuesday, 1 January 2013

Selamat tinggal 2012....Selamat datang 2013



Semua orang memperkatakan apa azam tahun baru 2013....
Bagi yana azam yana thn lepas hampir separuh terlaksana....azam yana tahun nie menambah baik lagi azam yana tahun lps....semoga yana dapat menjalankan tugas yana sebagai pendidik dgn lebih baik dan perihatin dgn keperluan anak-anak murid yana dalam mencapai matlamat hidup mereka....

Selain dgn mengharapkan keberkatan daripada Allah S.W.T dalam menjalankan tugas sebagai pendidik...Amin

Marilah kita semua membuka buku baru dan tutup buku lama....harungilah tahun baru ini dengan penuh keazaman.....agar kita dapat menghadapi liku-liku kehidupan ini dengan tenang dan menghadapi kemanisan hidup dengan senyuman dan syukur pada yang Maha Esa.....Amin

Friday, 7 September 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita

10 Petanda Dia Jodoh Kita..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan mem
ang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Artikel dipetik dari Jom berdakwah di FB

Saturday, 1 September 2012

Tujuh Keajaiban Dunia...

Tujuh Keajaiban Dunia...



Renung2kan lah...

Photo: Tujuh Keajaiban Dunia..

Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang...

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal Dan lain-lain...

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….

Murid itu menjawab….

“Ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”

Guru berkata, “Banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah

1. Boleh Melihat

2. Boleh Mendengar

3. Boleh Menyentuh

4. Boleh Menyayangi

5. Boleh Merasa

6. Boleh ketawa

7. Dan boleh Mencintai

Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..

Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya...

Silakan Tag/Share...
Image from Jom Berdakwah di FB

 

Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk
 mengetahui pengetahuan am diaorang...

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal Dan lain-lain...

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….

Murid itu menjawab….

“Ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”

Guru berkata, “Banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah

1. Boleh Melihat

2. Boleh Mendengar

3. Boleh Menyentuh

4. Boleh Menyayangi

5. Boleh Merasa

6. Boleh ketawa

7. Dan boleh Mencintai

Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..

Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya...


**share lah buat semua. Sama2 kita berfikir sejenak.

Tuesday, 3 July 2012

Ingat 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara....

Sama2 lah kita beringat...
Semoga kita mendapat rahmat dari Allah S.W.T.....

Amin....



Monday, 2 July 2012

Renung-renungkan lah dan Selamat Beramal


Asslamualaikum....

Buat renungan semua....

ஜ Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH ada dekat di hati kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH tetap tunggu kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH perhatikan kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH ada temankan kita.ஜ

Share dari FB Uatsz Don

Wassalam....

Friday, 22 June 2012

INGAT-INGAT LAH WAHAI SEMUA....

Buat Renungan!!!!


Bila kita rasa susah, sentiasalah ingat ada lagi yang lebih susah dari kita.
Bila kita rasa sakit, sentiasalah ingat ada lagi yang lebih sakit dari kita.
Bila kita rasa kenyang sangat makan itu makan ini, sentiasalah ingat yang di luar sana tu masih ada saudara kita yang sedang berperang dengan kelaparan.

Kita makan selalu tak habis, orang lain ada yang sampai kurus kering tak makan apa-apa sebab tak mampu nak beli makanan...


Monday, 18 June 2012

Buat Renungan semua

Renungan buat semua...

☑ Yang Singkat Itu WAKTU.
☑ Yang Menipu Itu DUNIA.
☑ Yang Dekat Itu KEMATIAN.
☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
☑ Yang Berat Itu AMANAH.
☑ Yang Sulit Itu IKHLAS.
☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
☑ Yang Susah Itu SABAR.
☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
☑ Yang Berharga Itu IMAN.
☑ Yang Menenteramkan Hati Itu TEMAN SEJATI.
☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT

Sunday, 1 April 2012

When I grow up I want to......[Part 2]

When I grow up I want to.....


Explore the universe

"My teacher says there are many worlds out there, and God made the stars to guide our way like lamps. One day, I will be an astronaut. I want to explore outer space and follow the stsrs to the end of the universe. Maybe I will find aliens! Heheh!


Taken from: Prudential Calender 


Google Image

Friday, 23 March 2012

Di mana Nilai cinta....


Assalamualaikum....

Perkongsian tentang Nilai cinta...

Cinta itu besar nilainya.....shinggakan CINTA itu tdk layak diterima oleh kita n jgk tak layak kite berikan pd manusia....Tetapi semua org nakkan berCINTA krn CINTA boleh membuatkan seseorang tu terawang2 dlm lamunan.....shinggakan kdg2 mereka lupa ttg kesan andai berlaku perkara yg mereka takut berlaku....krn manusia mmg tak pandai nak menghargai CINTA yg kite beri...krn itu CINTA ini bukanlah utk MANUSIA............ CINTA hanye patut dberikan pd yg sepatutnye.....yakni ALLAH n RASULULLAH shj...krn ALLAH tdk akan mengecewakan kite sepertimane manusia...... Manusia hanye layak utk beri KASIH SAYANG shj sesame manusia....terutama kepada PASANGAN............tp tdk layak utk memberi CINTA krn CINTA hanye kepada ALLAH n RASUL............ Kerana mereka memberi cinta pd manusia la...akibatnye mereka semua berada dlm KEKECEWAAN............

Taken from: Realiti Alam Perkahwinan

Thursday, 22 March 2012

When I grow up I want to.....[Part 1]

When I grow up I want to.....

Bring World Peace

"Mummy says people fight because they are afraid of each other. I thing if people get to know each other, they won't fight so much. One day, I'm going to have friends from all over the world and have a big gathering. All of them can be friends, and we will live as one big happy family"

Taken from: Prudential Calender 



Wednesday, 21 March 2012

Kanak-kanak hari ini.....

Kanak-kanak masa kini....

Memang betul kanak2 hari ini...bila tgk benda yang menarik perhatian die orang akan cuba untuk ikut....
jadi kita sebagai orang dewasa perlulah tunjukkan tauladan yang baik....
supaya kanak2 boleh menjadikan kita sebagai tunjang dan contoh yang baik untuk di ikuti... 

Tuesday, 20 March 2012

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

Assalamualaikum semua...

Yana nak kongsikan sedikit info untuk kaum Hawa...


Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu


ok tu saja...

Wassalam...

Apa itu Cinta?

Assalamualaikum....

Untuk dikongsikan bersama....

Cinta itu Kejujuran kerana Cinta tidak pernah memaksa.....Cinta itu murni kerana Cinta memerlukan ketulusan hati.....Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan.....Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan....Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan....Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif....Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu.....Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan.....Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan....



Taken from: Realiti Alam Perkahwinan

Sunday, 18 March 2012

Jangan terlalu memilih....terima seadanya...

Assalamualaikum....

Buat renungan semua....

Taken from: Jom Dakwah di FB

 Cintailah orang yang mencintai dan menyayangi kita...
Kerana disitu akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan...

renungan-renungankan lah.....


Wassalam....

Saturday, 17 March 2012

Cinta itu Indah...Andai.


Assalamualaikum....

Renungan buat semua

Cinta itu indah andai............

Ihsan: Jom Dakwah Di FB


CINTA ITU INDAH.... 
ANDAI BERTEMANKAN IMAN..

CINTA ITU MUSNAH.. 
ANDAI BERTEMANKAN NAFSU..

CINTA ITU INDAH..... 
ANDAI SYARIAT DIPATUHI..

CINTA ITU MUSNAH.. 
ANDAI BATASAN DILANGGARI..

CINTA ITU INDAH..... 
ANDAI IBU BAPA MERESTUI..

CINTA ITU MUSNAH.. 
ANDAI RESTU DIPINGGIRI..

CINTA ITU INDAH... 
ANDAI DIPELIHARA HINGGA KE SYURGA..

CINTA ITU MUSNAH... 
ANDAI TERSUNGKUR DI DALAM NERAKA..


Diambil dari: Jom Dakwah di FB


Friday, 9 March 2012

Video Kisah seorang Ibu yang ditinggalkan oleh anaknya di hotel

Assalamualaikum...

Yana ingin berkongsikan tentang kisah ini...yana rasa sedih bila tgk video ini di FB....

Ini mengenai seorang ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel oleh anaknya...

Apakah perasaan anda bila orang yang melahirkan anda dibuat sebegini rupa...

Ingat lah syurga itu dibawah tapak kaki ibu....


Terlalu sedih nya perasaan ibu ini...

hanya Allah S.W.T saja yang maha mengetahui rasa hati ibu tua ini...

Bagi anak jangan sesekali kita lupa tanggungjawab kita pada orang tu...bila kita melakukan pekara ini pada ibu ataupun bapa kita...ingatlah pembalasan dari Allah S.W.T
mungkin satu masa nanti kitakan diperlakukan sebegini oleh anak kita sendiri...seperti apa yang kita lakukan pada orang tua kita...bila kita merasa benda yang sama...menyesal pun tak berguna lagi...kerana dimasa itu nanti ibu ataupun bapa kita mungkin telah tiada....beringatlah...


Wassalam....

Thursday, 8 March 2012

Dimanakah letaknya cinta?

Assalamualaikum...

Buat renungan semua....

Dimanakah letaknya cinta....mesti kita ingin mengetahui nya bukan....

renungkanlah....

Google Image


Kita kena ingat, cinta bukan pada ‘COUPLE’..
Cinta juga bukan pada ‘I LOVE YOU..
Cinta tak terletak pada ‘I MISS YOU..
Dan cinta bukan pada ‘CAN I TOUCH YOU?’
Kerana itu semua cinta nafsu semata-mata..
Bicara cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan..
Ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah...♥♥♥

Share dari Fb Tanyalah Ustazah

Monday, 5 March 2012

Kisah Pensel dan Pemadam

Assalamualaikum...
Yana nak share cerita ini untuk tatapan semua....
Supaya boelh dijadikan renungan bersama....



Hasil nukilan: Jom Berdakwah Di FB

PENSEL : Saya minta maaf.
PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.
PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.
PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...



PENGAJARAN
'Ingatlah,ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam diatas dan kita sebagai pensel.Mereka sentiasa berada disisi kita,membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan.Kadang-kadang mereka terluka,akan menjadi kecil(tua) dan akhirnya hilang(meninggal dunia).Jagalah ibu anda dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan'.

Jadikan ianya pengajaran buat kita semua....

Wassalam...