Assalamualaikum semua...
Apa nie!! Hari2 awak tido je ke? Tak buat kerje ke? Mesti warna kalas (warna pink) je awak pakai ye, sbb tu satu kerja pun tak siap2.
Hmmm...Pernah tak kawan2 dapat ayat panas kat atas....hehheh...mesti ada kan...mesti ayat tu menyucuk2 je kat hulu hati...hehheeh...Mesti benggang klu dgr ayat tu sedangkan kita tgh sibuk je buat kerje...tapi senang2 je org cakap kite tak buat kerje....
Bukan dieorg tahu pun kite buat ke tak buat kerje....kite bawa kerje balik umah pun die org bukan nye tahu....hanya tahu nak membebel je kan...
Entri yana kali nie bukan nak memanaskan keadaan...heheheh... cuma yana nak kongsikan kesibukan yang yana kena hadapi sekarang...
Sekarang nie sekolah dah dibuka semula 4 Januari 2012 yang lalu...So byk kerja yang nak kena buat...tapi2 hari yana kena siapkan 3 ataupun 4 Rancangan Mengajar Harian...Kalu seminggu ada 16 Rancangan Mengajar Harian yang yana kena buat
Selain itu, awal tahun kena siapkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Yana mengajar 4 subjek iaitu B. Inggeris, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kemahiran hidup. Rancangan Pengajaran Tahunan untuk B.Inggeris tahun 3, tahun 4 dan tahun 6. Lps tu Rancangan Pengajaran Tahunan utk Pendidikan Seni Tahun 3 dan 5.
Lps tu Rancangan Pengajaran Tahunan untuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk Tahun 3, tahun 4 dan tahun 6.
Terakhir sekali Rancangan Pengajaran tahunan untuk Kemahiran Hidup tahun 6.
Jadi yana kena siapkan 9 Rancangan Pengajaran Tahunan.hehehhe...
Jadi minggu nie yana amat sibuk....Yana baru siapkan Rancangan Pengajaran Tahunan utk PJK, Pendidikan Seni dan B. Inggeris...jadi sekarang tgl Kemahiran Hidup je lagi....Insyallah kalu tak de apa2 masalah esok siap lah semua nye...
heheheh....Bila dah mula kerja nie mungkin yana agak kurang berblog....Bila ada masa lapang yana akan update ape yang patut ye...ok lah
jumpa lagi nanti...
Wassalam
0 comments:
Post a Comment