Friday 20 February 2015

GHOST

Hai semua...selamat malam semua....heheh...yana baru teringat nak buat entri mengenai cerita DRAMA KOREA yang yana minat sangat tengok...berulang kali pun tak pernah bosan...heheheh

Pernah tak dengar tentang GHOST....

Bunyi macam seram kn...biasalah klu dalam bahasa inggeris GHOST tu hantu kan....tapi kalu di tengok pada cerita nya...ianya  tidak lah menyeramkan...
cerita ini mengisah tentang pembunuhan seorang model terkenal korea yang dikatakan mempunyai skandal dengan seorang usahawan berjaya...

Dalam cerita ini juga mengisahkan berlakunya korupsi (rasuah) dikalangan para pegawai tertinggi polis..yang dengan mudah membuat tuduhan paslu keatas orang yang tidak bersalah dan juga berjaya mengada-adakan bukti palsu untuk memerangkap orang yang cuba untuk membetulkan keadaan..

Selain itu cerita ini ada bersangkut paut dengan dunia cyber yang boleh dikatakan mencabar pada masa kini....semua bukti yang diperolehi boleh diedit dan dikesan dengan mudah oleh pakar jenayah cyber.....dalam cyber investigation department.

Cerita korea ini amat menarik bila kita tonton...
kerana didalam nya banyak unsur suspen yang menyebabkan kita ingin mengetahui bagaimana kesudahan kisah pembunuhan model tersebut....apakah penyebabnya....kenapa ianya terjadi dan apakah motif pembunuh sebenarnya...

Jadi kalau kawan-kawan nak tahu kesudahan cerita GHOST nie....boleh lah g tengok....kat kedai dan beli dvd cerita korea nie....best sangat2..

tak rugi kalu kawan-kawan nak tengok...pelakon2 nya juga kacak dan cantik...heheh

0 comments:

Post a Comment