Tuesday, 7 May 2013

"1st Magical Giveaway by Rara Emira"


Jom kita join Ga nie....yana dah join...kawan-kawan pulak jang tunggu lama2...

First Giveaway by Iyraa Cariyno

Hari ini yana nak join GA nie....Jom Ramai kita join ye....


Simple Giveaway By Nina dan Hani

Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .
Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani  &  Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Like page INI dan like INI jugak!
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger 

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !

Mini Giveaway By Syiera & Lienda

Hai kawan-kawan....hari nie yana nak join pulak... Mini GA By Syiera & Lienda
Jom kita join ye.....

Pesanan Buat Kaum Hawa.....

Hanya Secebis Pesanan Buat kaum Hawa....untuk renungan bersama....
Pesanan buat kaum HAWA :

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang 

SEMBAHYANG,

Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG..!


♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk 

MENGAJI,

Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP

 HARI..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang 


MENUTUP AURAT,

Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI

 ORANG TUA,

Kerana disitu terletaknya pintu SYURGA..

Sunday, 28 April 2013

"Giveaway by DI #2"


Yana nak join GA nie juga.....

Klik Banner kalau nak join

Saturday, 13 April 2013

"1st Giveaway by Nabihah Ahmad"

Hai dah lama tak join GA....kali ini nak cuba join thanks Husna sbb invite...

Kalau kawan-kawan nak join jom....sebelum ia nya tamat mlm nie pukul 11.30 mlm.

Saturday, 6 April 2013

Hati Buta Sebab 10 Pekara.

RENUNG-RENUNGKAN LAH.....

Sila Semak Tarikh Luput Tong Gas Anda....

Dah Lama yana tak berblog.....hehehhe
sebenarnye sibuk sikit....banyak kerja yang yana nak buat....jadi tak ada masa nak online n blog walking....heheheh
Yana nak share satu benda....jom tgk gambar nie....gambar nie yana dapat kat fb heheheh.....
Bahaya jugak ye kalau tong gas  kite tak sedar bila tarikh luput....jangan kata makanan je ada tarikh luput....gas yang kita guna untuk memasak pun ada tarikh luput....

What is Special About ERASER in Our Life....


Hari ini yana nak share tentang ini.....



Wednesday, 13 February 2013

Segmen Header Siapa Paling Awesome ?

Lama dah yana tak join apa2 Segmen atau pun giveaway....
Hari nie tergerak nak cuba join segmen nie....

Kalau nak join boleh klik sini....


Wednesday, 23 January 2013

Cepatnye Masa berlari....


Pejam...celik...pejam...celik....
Tengok2 dah dekat penhujung bulan Januari....tak lama lagi dah nak masuk bulan Februari....
Masa nie budak2 kat sekolah yana akan menghadapi PRA UPSR1....
Yana tengah tengok yang mana pelajar yana yang yana boleh....
 Bagi target untuk Lulus Bahasa Inggeris tahun nie....
Kena bagi target....supaya menjadi galakan dan target untuk mereka....
Berusaha bersungguh.....
Sama lah mcm yana dulu....heheheh...
bila time Exam....sebelum exam kena set target lulus yang ingin dicapai....
Supaya lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan....
heheheh....biasalah kan...kalau tak ada target....maka tiada hala tuju untuk mencapai...
kejayaan...

Jadi Sebelum Tahun baru Cina yana akan Set target untuk pelajar yana....
Supaya Senang nak tahu siapa yang perlukan lebih banyak 
tunjuk ajar dari segi pemebelajaran dalam kelas....







UPSR, PRA UPSR, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)



Selamat Menyambut Maulidur Rasul...



Wednesday, 9 January 2013

JODOH yang diminati...


Setiap insan ingin kan seseorang yang menyayangi dirinya menjadi yang paling dekat dihati nya....yang menjadi insan yang memahami...yang menjadi insan yang mengerti setiap apa yang tersirat dihati....
Bila diperlukan dia ada....
Bila diperlukan dia disisi....
Bila diperlukan dia mendengar....
Bila diperlukan dia setia menanti....
Bila diperlukan dia tak pernah menjauh....yang pasti dia lah jodoh yag ditentukan ilahi.....


Minggu 2 Persekolahan....

Minggu nie adalah minggu yang paling penat sekali....banyak benda yang yana kena buat...banyak benda jugak yang kena lakukan....budak2 kat kelas pun makin lama makin banyak...nak bagi yang terbaik kena buat persediaan yang awal....masih ingat masa kat maktab dulu....banyak benda yang hendak dilakukan...sebelum g praktikal....seronok sangat kalau murid-murid dapat berkomunikasi dengan baik dan berinteraksi dalam suasana yang menyeronok kan bila belajar dan melakukan aktiviti kelas.
PLAY LEARN AND GROW TOGETHER!!!!!....

Minggu nie yana masih merasa ada masalah nak menyesuaikan diri dengan kelas2 yana....banyak sangat perubahan dan banyak sangat yang difikiran yana sekarang....dengan masalah berkomunikasi dengan dengan murid-murid...kebanyakan nya kurang memahami bahasa inggeris....jadi yana kena ajar sikit2....hehhe...

oklah yana dah nak kena tido sbb esok kena balik awal.....

ok lah wassalam....

Tuesday, 1 January 2013

Bermula nya kisah cerita baru dalam kehidupan.....



Kisah Baru hari ini dimulakan dengan cerita kembali ke sekolah

Wah tahun 2013 nie yana mengajar murid-murid tahap 2......ke semua nya...murid yang pernah yana ajar tahun lps.....tahun nie 3 je subjek yang yana ajar....Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.....Kemahiran Hidup dan subjek major yana iaitu Bahasa Inggeris....

Yana ada 5 kelas Bahasa Inggeris....satu Thn 6, Dua Thn 5,  Dua Thn 4
Ada dua kelas Kemahiran Hidup.....satu thn 4 dan satu thn 6
Manakala 4 kelas PJK....dua thn 4 dan dua thn 5

Jadi tahun nie juga yana kena bersedia untuk menghadapi kelas tahun 6 untuk UPSR tahun 2013....
Tahun lps kelas tahun 6 yana hanya 17 orang yang lulus Bahasa Inggeris dan 2 orang yang lulus semua mata pelajaran....boleh dikatakan target yana tercapai.....

Tahun nie yana belum lg meletakkan apa2 target kerana yana masih cuba untuk menilai tahap anak-anak murid yana....jadi Tahun Baru nie yana akan terus berusaha untuk membantu murid-murid yana untuk mencapai matlamat dan cita-cita mereka...

ok lah itu sahaja untuk permulaan kisah tahun baru 2013....nantikan yang seterusnya...


Selamat tinggal 2012....Selamat datang 2013



Semua orang memperkatakan apa azam tahun baru 2013....
Bagi yana azam yana thn lepas hampir separuh terlaksana....azam yana tahun nie menambah baik lagi azam yana tahun lps....semoga yana dapat menjalankan tugas yana sebagai pendidik dgn lebih baik dan perihatin dgn keperluan anak-anak murid yana dalam mencapai matlamat hidup mereka....

Selain dgn mengharapkan keberkatan daripada Allah S.W.T dalam menjalankan tugas sebagai pendidik...Amin

Marilah kita semua membuka buku baru dan tutup buku lama....harungilah tahun baru ini dengan penuh keazaman.....agar kita dapat menghadapi liku-liku kehidupan ini dengan tenang dan menghadapi kemanisan hidup dengan senyuman dan syukur pada yang Maha Esa.....Amin

Saturday, 22 December 2012

I-city

I-City kat Shah Alam.....First time yana pergi....
Fulamal....banyak sangat org time tu....sesak dengan kereta dan sesak dengan orang ramai....
masuk parking pun kena beratur dan mengikut susunan....siap ada org yang jaga parking yang bagi arahan....
kebetulan masa yana pergi dengan family time tu....time cuti...hehehhe...mmg byk org heheheh....
cantik juga....sempat lah bergambar kat bunga-bunga cahaya nie...heheheh...kreatif sungguh....

Insyallah....datang lagi nnt nak cuba main lak kat dalam I-City nie....Die ada buka taman tema air yang baru....heheheh....


Thursday, 15 November 2012

Selamat menyambut Maal Hijrah..


Selamat menyambut Maal Hijrah buat semua rakan-blogger yang beragama islam. semoga doa dan harapan kita di tahun baru ini akan menjadi kenyataan....amin

Friday, 9 November 2012

SCHOOL HOLIDAY!!!!!!!!!


Cuti sekolah telah bermula....heheheh
Beramai-ramai kita melancong dan cuti-cuti Malaysia...

It time for school holiday!!!!!!!!!!!

Monday, 22 October 2012

First Give Away by ftnjwa.blogspot.com

Ok yana nak ikuti Giveaway ini...kalau nak join gak jom klik banner kat bawah ye....
ok yana nak tag


http://arazua.blogspot.com/
http://cheksunnyboomboom.blogspot.com/

Friday, 12 October 2012

Jom Join Giveaway Salam Ukhuwah !

Jom Join GA ini...

Monday, 8 October 2012

Percubaan satu dua tiga...


Yang ini percubaan yana....nasib baik dapat buat...letak perkataan assalamualaikum kat atas post hehhe....Dah lama dah cari...bila bukan laman blog Wan Hazel baru jumpe....Terima Kasih wan...heheh

Saturday, 29 September 2012

StitchNknot September Pillow Giveaway

Hi guys....

Tonite I would like to join this Giveaway....

If you want to join...just klik the giveaway banner below....

Come join it together!!!!

You will love this beautiful pillow...

'Saya Follow Awak,Awak Follow Saya'

Assalamualaikum.....

Yana dah lama tak join Segmen. jadi hari ini yana nak jon segmen nie....

Jom ramai-ramai kita join...



Budget 2013....

Assalamualaikum......semua

Lihat lah di bawah ada info tentang budget 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita....



Budget 2013....Sama-sama lah kita bersyukur dengan kemakmuran yang di kecapi....Kita boleh lihat dari Hasil Budget 2013.....

Tuesday, 25 September 2012

BORNEO INTERNATIONAL KITE FESTIVAL 2012

BORNEO INTERNATIONAL KITE FESTIVAL 2012
26 HINGGA 30 SEPTEMBER 2012
BINTULU, SARAWAK, MALAYSIA.


Bagi kawan-kawan yang berminat kepada permaian layang-layang nie ....boleh lah ramai-ramai memeriahkan suasana di Borneo International Kite Festival....Datang lah beramai-ramai .....seronok tau tengok layang-layang yang bermacam-macam jenis dan rupa...heheheh
Bagi kawan-kawan blogger yang berdekatan terutamanya dari Sibu, Mukah, Miri, Brunei dan Limbang boleh lah datang beramai-ramai ke AIRPORT Lama Bintulu....untuk menyaksikan layang-layang di udara...

Friday, 7 September 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita

10 Petanda Dia Jodoh Kita..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan mem
ang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Artikel dipetik dari Jom berdakwah di FB

Saturday, 1 September 2012

Tujuh Keajaiban Dunia...

Tujuh Keajaiban Dunia...



Renung2kan lah...

Photo: Tujuh Keajaiban Dunia..

Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang...

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal Dan lain-lain...

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….

Murid itu menjawab….

“Ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”

Guru berkata, “Banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah

1. Boleh Melihat

2. Boleh Mendengar

3. Boleh Menyentuh

4. Boleh Menyayangi

5. Boleh Merasa

6. Boleh ketawa

7. Dan boleh Mencintai

Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..

Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya...

Silakan Tag/Share...
Image from Jom Berdakwah di FB

 

Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk
 mengetahui pengetahuan am diaorang...

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal Dan lain-lain...

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….

Murid itu menjawab….

“Ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”

Guru berkata, “Banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah

1. Boleh Melihat

2. Boleh Mendengar

3. Boleh Menyentuh

4. Boleh Menyayangi

5. Boleh Merasa

6. Boleh ketawa

7. Dan boleh Mencintai

Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..

Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya...


**share lah buat semua. Sama2 kita berfikir sejenak.

Saturday, 18 August 2012

Selamat menyambut hari raya aidilfitri

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini yana ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kawan2 semua yang beragama islam. Mohon ampun dan maaf kalau tersalah bicara dan terkasar bahasa selama berbloging.