Wednesday, 15 June 2011

"Segmen Saya,Cita-cita Dan Kerjaya"




Ini Segmen pertama yana join untuk hari ini...hehehe

Segmen ini tentang cita-cita dan kerjaya...

Ok kat segmen ini yana nak cita sikit tentang cita-cita yana dan kerjaya yana sekarang...heheh

Cita-cita yana dari sekolah rendah lagi sampai sekolah menengah yana nak jadi seorang guru....

Biasalah masa kecik-kecik dulu banyak cita-cita...klu org nak jadi ini kita pun nak jadi itu...heheh

klu orang nak jadi doktor kita pun nak jadi doktor....pendirian tak tetap....bila yana fikirkan rasa lucu lah pulak ikut je ape org cakap...bukan tahu pun susah senang nak capai cita-cita tu heheh....main follow je...lps tu bila sekolah menengah pendirian yana semakin tetap nak jadi seorang guru....bukan main happy lagi bila dapat isi borang UPU tapi yang pelik nye nape yana pilih aliran lain masa tu nape tak masuk maktab perguruan je....bila yana pikirkan pelak lah pulak rasanye...
bila keputusan UPU keluar yana dapat diploma perbankan...memang wajar lah yana dapat tu sbb yana kat sekolah menengah ambik aliran sastera /ekonomi...heheh

Bila dah ambik Perbankan ingatkan bila ijazah dapat honour kewangan....terbalik lah pulak yana dapat aliran pemasaran pulak...masa tu otak pun siot jadi nya...hehehhe...bukan apa sbb dari kira-kira pergi pulak bahagian pemasaran...pemasaran byk nya strategi yg perlu di baca...otak pun tepu dengan segala perancangan perniagaan...
nasib baik skrg dah ok...heheheh sebab apa yana kata dah ok...
nnt yana bagi tahu kat bawah sekali sekarag kita gi kat kerjaya yana...


Ha....klu kawan-kawan nak tahu....sebelum yana dapat kerjaya tetap nie...yana pernah buat kerja sambilan....
mula-mula selepas tamat Diploma....yana kerja sebagai penjual kat pasar malam...jgn salah sangka ya...bukan gerai yana tapi gerai kakak saudara yana...yana sebagai pembantu gerai je....ok lah juga dpt timbi pengalaman dan juga yana dpt ramai kawan....

lps tu yana sambung balik ambik ijazah.....bila lps ijazah...yana jadi cashier kat stesen minyak petronas...boleh lah jugak pendapatan nye lumayan....bagi yang baru dpt kerja heheh...tapi yang tak tahan nya berdiri je...sungguh letih tapak kaki berdiri...sampai kena rendam...

lps 4 bulan kerja kat sana...yana dapat lak tawaran kerja kat sebuah anak Syarikat Shell Malaysia iaitu SMDS....kat citu yana kerja sebagai kerani bahagian HSE...bos2 yana semua nya lelaki...yana je sekuntum bunga kat citu....dijaga dengan rapi lg heheheh

yana tak lama kerja kat citu...cuma 7 bulan ...mula-mula rasa sedih lah pulak nak tinggal kan kerja tu...sbb dah ramai sangat kawan dan bos yana pun letakkan kepercayaan pada yana untuk uruskan segala hal2 kerani dan juga tentang stock2 baju safety untuk g plant...biasalah kerja bahagian Safety and Health...heheh.
kawan-kawan nak tahu kenapa yana berhenti gak kerja tu....sebab yana dapat mencapai cita-cita yana nak jadi Guru....alhamdulilah sekarang yana bergelar guru setelah training kat maktab perguruan selama setahun..heheheh

sekarang kerjaya tetap yana ialah Pendidik anak bangsa iaitu KAMI GURU MALAYSIA...heheh
Happy sgt cita-cita dan kerjaya yana terlaksana.... sekarang dah masuk setahun 6 bulan yana dalam aliran pendidikan....banyak pahit dan manis yang yana harungi bersama murid-murid yana....ada lucu...sedih...gembira....dan juga kesal...tapi itu lah lumrah dn rezeki dunia...

ok dah panjang sangat entri yana untuk segmen nie...heheh...kang tak larat lak kawan-kawan nak baca...ok tata...titi...tutu...

2 comments:

Post a Comment