Wednesday 14 December 2011

BUAH DABAI (Sarawak Fruits)

Assalamualaikum w.b.t

Ok malam ini yana nak kongsikan sedikit info tentang BUAH DABAI....
Ok kalau nak tahu buah dabai nie makanan kesukaan yana...heheh...bila tiba je musim buah nie yana akan g pasar untuk membeli....
Buah nie akan dijual bila musim durian tiba...kadang kala ianya pun ada bila musim buah-buahan tempatan dijual...
Mengikut sumber yang tak sahih, buah dabai hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Brunei sahaja. 
Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. 
Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga. jom kita tengok gambar buah tersebut...

Ihsan Google: Buah Dabai

Ihsan Google: Bentuk biji buah dabai seperti bola ragbi


Cara memakan buah nie...kita mesti cuci dan rendamkan buah nie dengan air suam selama 10 atau 15 minit...bila isi buah sudah lembut....buangkan air tadi dan taburkan sedikit garam... Buah nie sedap kalau dimakan dengan nasi panas....Sedap...
Buah nie juga boleh dibuah budu....Buah nie juga boleh dicampurkan dalam nasi goreng...Nasi goreng tu dikenali sebagai Nasi Goreng Dabai....

Ihsan google: Contoh nasi goreng dabai
Kalau kawan2 g sarawak...bila tengok kat menu restoren ada Nasi goreng dabai...cubalah rasa...sedap...bagi yana lah...heheh...sebab lidah kite tak sama kdg2...ada yang rasa sedap ada yang rase tak sedap heheh...

Resepi Nasi Goreng Dabai



BAHAN-BAHAN:

1 pinggan nasi putih

Buah dabai (rendam dengan garam)

1 biji telur

Sedikit minyak masak

2 sudu besar sos tiram

Sedikit bawang goreng

2 ulas bawang putih

Garam secukup rasa




CARA MENYEDIAKAN:

1) Tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram dan telur. Kacau rata.

2) Masukkan nasi putih dan buah dabai.

3) Masukkan garam dan bawang goreng.

4) Kacau dan hidangkan.


Ok lah itu saja perkongsian yana malam nie...
Entri nie yana buat khas untuk Cik Azhafizah sebab nak tahu buah dabai tu macam mane ...heheh....Hope cik Azhafizah sudi membaca heheh...

ok selamat membaca...

Wassalam



2 comments:

Azhafizah MN said...

Thanks sudi buat entry tentang info buah dabai ni..buahnya macam kurma pulak.kulitnya tak perlu buang ke?seriously fiza sangat jakun dah ni..first time dengar nama buah ni.sangat teruja nak tahu..kirenya buah ni banyak kegunaan dalam masakan ye..sangat menarik!teringin nak rase ^__^

Unknown said...

buah dabai juga faberet saya.....sewaktu bekerja di Sibu mmg saya ....ternanti-nanti musim durian, dabai dan enkalak....semuanya berlemak. Saya cuba bawa balik benih pokok dabai ke semenanjung,....pokoknya tumbuh...tetapi x membesar dan akhirnya mati...

Post a Comment